SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan ok? SAPS semakan Ibu dan Bapa untuk memeriksa keputusan peperiksaan sekolah murid.

Jika anda gunakan website ini, lebih mudah untuk anda akses keputusan peperiksaan dengan cara yang tepat dan betul. Oh ya, terima kasih tak terhingga kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan sistem yang akan memudahkan ibu bapa , guru dan murid-murid.



SAPS Ibu Bapa ini adalah sistem analisis keputusan peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh Kemnterian Pelajaran Malaysia. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan ibu bapa/penjaga menyemak keputusan ujian dan peperiksaan pelajar. Sistem ini boleh diakses dan boleh dibuka secara online asalkan ada internet.

Cara Mudah Dan Cepat Semak SAPS IbuBapa (Klik Dibawah)

Untuk lebih mudah dan cepat memeriksa markah peperiksaan anda, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah yang berikut:

1. Klik pautan dibawah untuk semak keputusan peperiksaan dan terus akses sistem SAPS Semakan Ibu Bapa bagi tujuan semakan.
.
.
.
.

Klik sini ==> SEMAK . ( Klik Di Sini )
.
2. Selepas klik link tadi, anda akan di bawa ke halaman seperti ini :



3. Kemudian anda hanya perlu masukkan no sijil lahir (bagi anak yang sekolah rendah) atau kad pengenalan (untuk anak sekolah menengah). Pastikan anda memeriksa bahawa detail yang diisi itu adalah betul.

4. Kemudian ambil pilihan yang anda ingin semak sama ada untuk keputusan untuk sekolah rendah atau keputusan untuk sekolah menengah (jika sekolah rendah, guna surat beranak, jika sekolah menengah gunalah kad pengenalan).

5. Kemudian pilih tahun peperiksaan yang anda mahu semak. Anda boleh semak keputusan tahun-tahun sebelumnya juga untuk membuat analisis dan semakan anda.

6. Kemudian Klik semak. Ini adalah contoh keputusan peperiksaan SAPS:




Sila Teruskan Bacaan Di Blog Ini

Okay dapat kan? Mudah je langkahnya. Jika tidak boleh sila tunggu beberapa minit lagi. Sila teruskan bacaan anda di website ini kerana kami ada sesuatu yang ingin disampaikan, sekadar perkongsian dari pihak kami.

Apakah keputusan anak anda memuaskan? Jika ya, tahniah kami ucapkan. Semoga terus kekal sukses dan menggandakan usaha untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Jika tidak, anda sebagai ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak untuk mencari solusi terbaik bagi memperbaiki keputusan pada peperiksaan yang akan datang.

Jadual Peperiksaan dan Ujian Tahunan.

Disini anda boleh rujuk jadual peperiksaan anak-anak anda dan merancang sebaik mungkin untuk dan membantu mereka dalam menduduki peperiksaan yang akan mendatang. Klik Untuk Lebih Jelas.



Dengan adanya jadual ini, bolehlah tuan puan membuat persediaan awal untuk anak-anak menghadapi peperiksaan dan membuat ulangkaji pelajaran dengan lebih awal. Jadikan kemudahan semakan online SAPS Ibu Bapa ini sebagai satu peluang yang baik untuk memantau dan memastikan prestasi anak anda dalam keadaan yang paling cemerlang.

Sistem SAPS Ibu Bapa ini sangat bagus juga kerana ia boleh digunakan untuk memeriksa setiap keputusan peperiksaan anak-anak anda. Jika kita sentiasa memantau prestasi akademik anak kita, sudah pasti kita boleh melakar pelan masa depan yang lebih baik terutamanya dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM.

Anak Tidak Lagi Tipu Tandatangan



Oh ya, sekarang anak-anak dah tidak boleh cuba menyorokkan sebarang keputusan peperiksaan mereka daripada pengetahuan kita. Sepeti masa dahulu, anak-anak sering menyorokkan keputusan peperiksaan mereka jika prestasi mereka merosot kerana takut ibu bapa akan marah.

Ada juga murid-murid yang meniru tandatangan buku rekod ibu bapa bagi mengelakkan ibu bapa mengetahui tentang keputusan peperiksaan mereka. Dengan adanya sistem SAPS NKRA ini kita berharap agar perkara-perkara seperti ini tidak berulang lagi. Ibu bapa juga perlu menjadi semakin bertanggungjawab.

Cara Hubungi Pihak SAPS NKRA Ibu Bapa

Jika anda masih mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh terus menghubungi pihak SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa di bawah.

Waktu Pejabat SAPS Ibu Bapa adalah seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg (kecuali pada cuti umum)
Waktu Rehat pada 1:00 ptg - 2:00 ptg (hari jumaat rehat pada 12:00 - 2:50 petang)
Talian Hotline SAPS : 012-6497579

Penting! Pesanan Akhir

P/S : Pihak kami mendapati bahawa portal sistem ini masih lagi perlahan dan kerap down jika diakses oleh terlalu ramai orang. Semoga pihak KPM akan menaik taraf servis dan sistem mereka kepada taraf yang lebih baik.

P/S/S : Untuk ibu bapa jika anda masih tidak boleh akses atau tidak pandai menggunakan sistem SAPS, anda dinasihatkan untuk terus menghubungi guru kelas dan guru matapelajaran anak anda untuk memantau dan mengenalpasti prestasi anak-anak anda.

3 comments.. read them below or add one

Admin Admin 09 November, 2017
Sangat mudah adanya sistem ini...www.mybelajar.com
Puan Nora Puan Nora 10 March, 2018
Yang penting ibu bapa perlu pastikan anak-anak mereka berminat untuk belajar dan bukan tumpul perhatian atas markah peperiksaan saja.
Liza Razak Liza Razak 28 April, 2018
Sekarang belajar sudah x senang menyebab ada semakan online bg ibu bapa semua