Semak Keputusan UPSR, PT3, dan SPM Melalui SAPS

Semak keputusan UPSR, PT3, dan SPM melalui SAPS Ibu Bapa ok? Adakah boleh ibu bapa atau pelajar mengakses keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM melalui sistem SAPS NKRA?



Untuk makluman semua, pihak kementerian pelajaran malaysia (KPM) telah mengeluarkan pengumuman seperti berikut:

Dimaklumkan bahawa KEPUTUSAN bagi Peperiksaan-peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak akan dipaparkan di dalam sistem SAPS Ibu Bapa. Dimohon pihak yang berkenaan untuk rujuk di sekolah masing-masing atau di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sekian, terima kasih.

Ini bermaksud, keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS Ibu Bapa. Keputusan peperiksaan besar hanya boleh disemak secara offline iaitu kita harus datang ke sekolah masing-masing dan mendapatkan slip peperiksaan peperiksaan tersebut.

0 comment... add one now